Kembali Ber-blogging Semula?

3:35 PTG

 Assalamualaikum Hai.

Aku taktau kenapa. Tapi untuk beberapa sebab, aku selalu on off blogging untuk beberapa tahun kebelakangan ni. Dan, kalau diikutkan sekarang dah lebih setahun pun aku stop ber-blogging. Domain aku pun dah expired dan tak boleh renew semula dah. Kalini prosesnya lebih rumit dan panjang sebab aku terpaksa tukar ke domain yang baru. Nasib service dari NetKL sangat membantu.

TAPI

Aku taktau kenapa walaupun payah aku tetap nak kembali berblogging. 

Setelah aku fikir-fikirkan, mungkin aku dah terlampau tepu sangat kot bertahun dekat rumah takleh explore apa sangat. Dan rasa macam 'sparks' dalam hidup aku hilang. Sebelum ni, aku raaajin sangat explore segala benda tak kisah la makanan ke travel ke sebab aku macam excited benda tu nanti aku nak ambil gambar, aku nak cerita, aku nak sharing kat dalam blog. Tapi semenjak tak buat semua tu, rasa macam hidup aku plain betul. Walaupun, blog aku ni non hado ler bukannya berjuta viewers pun. Tapi kepuasan aku nak sharing tu aku yang rasa.

Dan hidup aku untuk setahun yang lepas ni, aku memang fokus ke business sahaja. Rasa macam hidup aku tak ada apa yang menarik pun ehh. Dan sebab tu, aku terfikir untuk kembali ber-blogging semula. Mana tau hidup aku akan jadi kembali menarik. Tak kisah la orang nak kata blog dah tak relevan, zaman blog dah berlalu. mana ada orang baca blog sekarang. Aku tetap nak blog, aku nak menulis, aku nak sharing ❤

Walaupun, tak mudah untuk bermula balik dari bawah. Sebelum domain aku expired haritu, aku punya daily views sentiasa 1k+, sekarang ni macam aku terpaksa bermula balik dari bawah. Sebab dah 6 bulan kan blog aku tak dijumpai, jadi mungkin dari segi keyword dan SEO semua tu ada yang blog / website lain dah naik.


So hellooo, bloggers-bloggers yang masih activer ber-blogging. Marilah drop se-comment dua nanti aku balas balik hahaha. Aku pun dah taktau la siapa je yang masih active ke tidak kan. Harap-harap semangat aku ni bukan separuh jalan lah, sebab banyak jugak idea aku dah fikir nak tulis pasal apa je ni.

You Might Also Like

6 comments

  1. Welcome back! patutlah lama tak nampak. haritu pun tekan link lama keluar page yg suruh beli domain tu pula ๐Ÿ˜…

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kan. Domain lama kita dah kena jual la pulak. Terpaksa lah tukar ke domain baru. Thank you nasa :)

      Padam
  2. Semoga aktif semula mengentri blog

    BalasPadam