Perkenalkan Anak Kucing Baru, si Koko
1:48 PTGAssalamualaikum dan hai.
Sebenarnya, memang dah lama sangat niat nak adopt anak kucing baru ni ada. Planning nya, haritu nak balik Selangor sebab dah ada orang yang sudi nak bagi kita anak kucing. Tapi, lepastu wujud pula perintah kawalan pergerakan ni. Memang tak lepas lah kalau nak balik Selangor dari arah utara ni. Takkan nak bagi alasan nak ambil anak kucing pulak kan 😂
Jadinya semenjak beberapa hari ni Nad pun asyik bukak tutup je website mudah. Cari sesiapa yang sudi nak bagi anak kucing area Kedah/Penang ni. Ramai yang jual tapi mahal-mahal jenis persian la, muchkin la dan pelbagai lagi. Kalau diikutkan, Nad memang takde pengalaman lagi bela kucing baka mahal ni hahaha. Jadi cari kucing biasa-biasa pun ok dah.
Terjumpa pulak sorang ni nak bagi kucing free je. Alasan dia nak bagi sebab dah banyak sangat kucing kat rumah, jadi tak terbela. Nad whatsapp dia, kebetulan memang tinggal seekor je. Terus bagitau dia Nad nakkkk, esok husbang pergi ambil hahahahha.
So harini dah hari ketiga Koko duduk dengan tuan baru.
Say hello to Koko ❤
Comel sangat kannnn! Nampak macam dah besar, tapi Koko sebenarnya baru 3 bulan hahaha. Yang comel tu, kepala dia kecik comel je tapi perut boroiii. Nad memang sengaja cari anak kucing camni. Taknak terlalu kecik, sebab kesian pulak nak pisahkan dari mak dia kalau masih menyusu. Besar camni memang ngam lah. Sebab dah pandai jaga diri, tapi masih lagi lincah dan active bermain.
So far tengok dia kat rumah ni masih tak habis explore lagi hahah. Berlari sana-sini. Tidur pulak dah boleh start tidur sekali dengan kitorang. Nak poo poo pun pandai pergi sendiri kat pasir dia, padahal tak sempat ajar pun lagi. Sangat good boy, sampai semalam husband Nad rebuskan ikan kembung untuk dia 😂 Tapi dia tak reti makan hahahha.
Happy sangat tau dapat anak kucing ni! Rasa macam dah lengkap sangat hidup. Tak sabar nanti nak family portrait time raya sama-sama as a family hahaha.
20 comments
Hai, Koko! Renungan mata tu yang mengancam.
BalasPadamBestnya umur-umur begini lincah dan aktif bermain.
Hahahah tula. Dia pulak jenis pandang camera. Seronok nak ambil gambar.
Padameh taktau pulak dkat mudah ada jual anak kucing :'( nak jugakk sbb kucing dlm rumah ni tinggal seekor je hmmm. best kan bela kucing kak? hahaha at least ada gak peneman time sorang2 kat rumah
BalasPadamHahahha ada! Mudah semua ada jual. Kalau kucing biasa ni orang bagi free je Tashira. Best sangattt. Ada teman nak bercakap, walaupun dia tak faham hahah.
Padamhiii cantiknya koko!
BalasPadamI know! Hehe tak puas main dengan dia nii.
PadamBesar jugak ehh 3 bulan pun. I dont really kira umur kucing2 kat rumah i hahahahah. But seriously, they bring a piece of happiness.
BalasPadamI know right! Biasanya tak sebesar ni. Kalau tengok muka dia memang kecil je haha.
PadamComelnya! T_T
BalasPadamKan,baka mahal ni kos nak jaga pun mahai juga ikutkan..huhu..
Comelnya Koko :D
BalasPadamPotret raya jgn lupa sarungkan koko baju raya hehehe
BalasPadamHai koko, kakak pun ada kucing nama Miko ...hehehe
BalasPadamSELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
BalasPadamhttp://acuyuhan.blogspot.com/
BalasPadamالخدمات المنزلية بمدينة الخبر 0507738549
شركة تنظيف منازل بالخبر
شركة تنظيف خزانات بالخبر
شركة تنظيف سجاد بالخبر
شركة تنظيف شقق بالخبر
شركة تنظيف فلل بالخبر
شركة تنظيف مجالس بالخبر
شركة مكافحة الحمام بالخبر
شركة مكافحة النمل الابيض بالخبر
شركة مكافحة حشرات بالخبر
شركة تسليك مجارى بالخبر
Ada sesapa nk bagi kucing free..kalau boleh nk betina and jantan kaler putih/oren/koko...kaler lain pun tk pa...ni cuma warna khas saya mau ja...area jitra kedah..tinggalkan nombor tel di komen
BalasPadamAssalam
BalasPadamHello Koko. Mama Ajwa pun pernah ada anak kucing diberi nama Shokin (sebab ke 4 kaki nya spt berstokin putih) . Then, we give Shokin someone else, Adopted by my daughter's friend. depa pi tukaq nama jadi Koko. hehehe.... rindu Koko.
alololo omeinye..dah la peminat tegar kucing
BalasPadamNad mari active semula pkpb ni update update cpt hahaha
BalasPadamHye Koko...
BalasPadamkiutnyaaa koko :)
BalasPadam