Resepi : Cornflakes Madu Rangup Mudah
1:24 PTG
Assalamualaikum Hi.
Cornflakes Madu. Sejujurnya, cornflakes madu memang favourite Nad especially time raya. Kalau beraya rumah orang dan jumpa cornflakes madu ni, memang pegang terus balang dia tak makan dah kuih lain. Orang pun sampai dah tahu cornflakes madu ni memang favourite Nad. Dan setiap kali juga, orang akan kata "senang jela nak buat". Dari sekolah menengah dengar ayat tu, tapi Nad rasa macam yelatu senang, japgi kita buat susah.
Tapi tu mindset dulu la waktu sekolah menengah, sejak-sejak dah dewasa besar sikit ni, rasa nak try buat pula resepi yang orang kata senanggg tu. Lagipun kalau buat sendiri boleh buat banyak-banyak dan kita sendiri boleh makan banyak. Apa pun, yang buat Nad triggered nak buat cornflakes madu ni sebab adik Nad dah buat dulu. Dan menjadi pulak dia buat, so kita try ehhh.
RESEPI CORNFLAKES MADU
Bahan-bahan :
1) Cornflakes 600g
2) Marjerin 125g
3) 1 cawan madu
4) 1 cawan gula perang
5) Buah campuran / Colourful chocolate rice / Badam / Kismis (Optional)
Cara-cara :
① Buka api kecil sahaja. Cairkan marjerin. Lepastu, masukkan gula perang dan madu.
② Kacau ketiga-tiga bahan sehingga sebati dan dan sedikit menggelegak.
③ Masukkan cornflakes ke dalam campuran tadi. Kacau hingga sebati.
④ Kalau ada bahan tambahan seperti buah campuran / badam / kismis korang boleh campur sekali dalam masakan ni. Nad tak tambah sebab Nad lagi suka kalau cornflakes madu tu kosong je.
Done! Boleh masukkan ke dalam paper cup siap siap.
Bakar pada suhu 160 ⁰C selama 6 minit. Yang ni korang kena ikut kesesuaian bergantung juga pada jenis oven. Macam Nad, mula-mula Nad bakar 10 minit ada yang hangus lagi lagi dekat bahagian madu. So, Nad kurangkan waktu pembakaran jadi 6 minit dan cornflakes madu jadi just nice. Seeloknya untuk permulaan, korang try buat pada kadar minimum dulu. Kemudian baru tambah masa mngikut pada warna cornflakes madu.
Sebelum dan Selepas bakar
Cornflakes madu ni Nad buat untuk hari raya Aidilfitri haritu. Bangga betul bila dapat hidang kuih buatan kita untuk tetamu eh, walaupun cuma cornflakes madu. Lagi bangga bila orang puji kuih kita sedap! Hehehehe. Bukan sekadar pujian, memang cornflakes madu haritu paling cepat out of stock yeay. Korang yang mana baru nak berjinak-jinak buat kuih, lagi-lagi newbie macam Nad ni memang sesuai sangat kalau nak buat cornflakes madu. Mudah sangat.
Ni pulak kalau nak breakfast Pancake :p RESEPI PANCAKE MUDAH
23 comments
saya pun suka cornflakes madu ni. memang senang dan mudah. paling suka bau dia. hehehe
BalasPadamSedapnyaa cornflakes madu Nad. Makan sebalang pun boleh habis ni 😂
BalasPadamhi nad, raya tahun ni jaja pun ada buat conflakes madu ni, paling senang!hehe
BalasPadamOhh triggered rupanya
BalasPadamFavourite ella jugak ni! Tiap tahun raya wajib buat. Senang dan sedap! Raya haji nanti nak buat lagi, boleh try resepi nad ni :)
BalasPadamRaya haji ni tak buat ke nad? Ni memang kuih raya paling senang nak buat dan paling hot stuff masa raya. Tetiap masa kena refill hahahahah
BalasPadamAkak kalau buat ni tak letak dalam paper cup...boh je dalam tupperware...ratah diam-diam..hahahaha..xnak kongsi! LOL
BalasPadamyg ni memang dah boleh buka order-lah kan...hehe^^ nampak sedap sangat tau :)
BalasPadamthn ni akak tak buat, nad.
BalasPadamsebab ari tu busy dgn perkara lain.
ada 1 thn tu, akak buat kuih ni berbalang-balang.
siap kasi mak mertua, adik-beradik. punyer la senang kan.
bahan murah tapi dpt buat byk.
Tak lama lagi nak Raya Korban kan...boleh buat ni..mana tau kalau tiba- tiba ada tetamu datang plak..ye tak...
BalasPadammasa hari raya je buat cornflakes madu ni hehehehe masa lain tak buat pun walaupun senangnya resipinya
BalasPadamMmg time raya , cornflakes madu ni yg ramai buat sbb senang sgt.... Bahan2 pn senang je.. Mmg yg xreti buat pn jadi reti sbb xsusah mana pn
BalasPadamhai awakk..lama tak singgah sini ye..hehee..Walaupun resepi ni paling mudah, tapi akk tak pernah buat dik..haaha..nampak sangat mals akak ni kan..hahaha
BalasPadamUwaa nampak sedap cornflaks nad! Raya tahun ni aritu I tak dapat makan cornflakes sbb tak jumpa ahaha kuih tunjuk pun takde beli cornflakes madu ni
BalasPadamSejak ada banyak kuih moden yang macam-macam bahan dan kaedah rasa kuih raya ni dah jarang orang nak buat walaupun mudah senang nak sedia sekejap jer....
BalasPadamIni memang fav famly kami, fatin dah teror buat ni jadi Bonde arahkan pada dia sahaja untuk buat!
BalasPadamTahun ni tak buat pulak conflakes madu, dok sibuk buat tart je..hehehe. Memang mudah dan sedap conflakes madu ni, salah satu fav sis jugak ni, nanti free2 nak buat jugak lah
BalasPadamSedap dan mudah. Mmg biskut wajib setiap tahun hehehheheh. Modal pun sangat kecik mmg berbaloi
BalasPadamMemang mudah senang sajanak sediakan cornflakes madu nih kan.tak susah mana pun.sedap jangan cakap memang terbaik
BalasPadamkegemaran ramai ni. sedap dan senang. bukan musim raya pun buat biskut ni..
BalasPadamHaaa...biskut ferevet anak2...mls nk buat..kjp jer hbs satu balang heee
BalasPadamcornflakes madu ni memang sedap, selalu boleh dapat masa raya sahaja
BalasPadamRaya haji nk dekat ni..
BalasPadamBoleh gak buat utk kunyah2 raya haji ni kan
Senang pun senang..thanks