Assalamualaikum and Hi.
Address : 2-1-20, The One Terrace Plus Shop, Tingkat Mahsuri 5, 11950, Bayan Baru, Penang
Business hours : Isnin hingga Ahad dari 10am hingga 10pm
No tel : 013-416 3843
Facebook : House of Cat
Instagram : @houseofcatpenang
House of Cat! Yeah terapi kucing! Sebenarnya, Nad nampak tempat ni viral dekat Facebook haritu. Tu yang saja teringin nak pergi tengok ada apa je katsana. Sebab yang dekat Selangor pun memang Nad tak pernah pergi. Jarang pegang kucing baka mahal ni heheh. Tapi waktu tu saja la nak rasa suasana banyakkkk kucing kat sekeliling kita ni kan. So Nad pun decide pergi ke House of Cat, Bayan Baru, Pulau Pinang ni. Alang alang release stress dari study kononnya 😋 Persian cat, Munchkin, British Short Hair eh semua lah ada.
Agak susah juga nak cari tempat ni sebenarnya. Kalau waze/google maps memang jumpa, tapi di bahagian belakang block. Sebab kedai ni bersambung, dia ada hotel kucing and grooming dia semua. Korang pusing-pusing je, area situ jugak. Bila masuk je kat dalam kedai tu, akan ada perbezaan bau hahah terus je bau kucinggg.
Memang lengkap permainan kucing dalam kedai ni. Siap ada tangga, bridge dan kotak. Tapi biasanya kucing jantan yang tinggi besar tu je yang kuat dan berani nak naik kat atas ni. Siap boleh tidur dekat jambatan tu 😂 Dengan tenangnya, hahah tanpa ada gangguan manusia. Tapi tula, size diorang besar sangat takut nak pegang.
Typical kucing yang ada dekat pet shop kan. Kucing jenis camni suka betul kalau kita dah manjakan dia dekat riba kita. Terus baring taknak bangun pergi memana dah. Lepastu bila ada kucing lain datang dekat, laju je dia nak attack. Owner kedai cakap sebab dia jealous nanti kalau kita layan kucing lain tu. Amboi. Dia punya jealous tu kalah manusia hahah.
Yang ni pula kucing jenis yang berbulu nipis tu. Bukan yang jenis Sphynx tu yang hairless, kucing ni dia ada je bulu tapi nipissss. So mungkin tak ramai customer yang manjakan dia. Kesian dia asyik termenung je hadap tingkap. Nad ada la jugak dukung sayang sayang dia hm. Rasa kesian bila asyik yang bulu kembang je dimanjakan.
Luna the Cat!
Emm, yang ni sejenis British Short Hair kot hahah. Selepas kaji semua jenis kucing yang Nad jumpa dekat pet shop tu, kucing ni Nad paling berkenan sekali. Sebabnya dia nampak kemas tanpa bulu yang kembang-kembang tu (banyak gugur), bukan sejenis jealous sampai nak attack kucing lain dan tak sombong. Eee macam paling behaved lah. In shaa Allah kalau ada rezeki esok esok nak bela kucing jenis ni hehehe.
So far banyak jugak lah kucing dekat tempat ni. Ada dalam 20 ekor lebih kurang and mostly friendly! Since Nad datang pun dalam tengahari nak ke petang, so mungkin ada antara kucing tu yang memang dah penat dan tak larat nak layan kerenah manusia hahahha. Ada yang tidur, yang bermain, dan yang masih bertenaga akan layan kita.
Oh lupa nak cerita. Ada satu kucing ni dia cacat dari lahir yang mana kaki dia macam bengkok sikit. Tapi, sangat sangat sangat manja! Serious! Dia sanggup jalan dari jauh semata-mata nak pergi dekat kita je. Kadang tu time kita nak berjalan pun dia ikut jugak. Suka main-main dekat kaki dekat bag kita. Eee memang manja betul lah.
And lastly, nahhh. Kena kuarantin! Hahahhaa. Ini akibat kalau cari gaduh atau tiba-tiba attack kucing lain. Terus diasingkan dalam satu box kaca khas. Sedih je mampu tengok kucing lain bermain bermanja tapi dia kena kurung dalam tu. But after all, ini lah yang akan didik kucing-kucing tu untuk behaved.
Bagi Nad, kalau korang nak datang sini waktu free tu memang berbaloi sangat! Sebab harga nak masuk tempat ni pun murah. Untuk weekday, ticket masuk hanya serendah RM5 sahaja, manakala untuk weekend RM9. UNLIMITED! Main lah sampai puas then baru keluar. Bagi Nad, ini sangat berbaloi compared to other pet shop yang mengenakan bayaran mengikut waktu.
House of Cat, Bayan Baru, Penang
Address : 2-1-20, The One Terrace Plus Shop, Tingkat Mahsuri 5, 11950, Bayan Baru, Penang
Business hours : Isnin hingga Ahad dari 10am hingga 10pm
No tel : 013-416 3843
Facebook : House of Cat
Instagram : @houseofcatpenang