Pemandangan di Gaharu Tea Valley, Gopeng
1:21 PTG
Hi Assalamualaikum.
Gaharu Tea Vally, Gopeng, Ipoh. Haaa korang tau tak kewujudan ladang teh dekat Perak ni? Nad baru je tau hahahah. Kalau tak asyik pergi yang dekat Cameron Highlands je. Ingat dekat tempat lain takde teh dah. Tapi ladang teh yang dekat Gopeng ni dia macam teh kesihatan gitu lah. Rasa dia pun lain dari yang lain. Teh kesihatan kan, bukan teh perisa lemon strawberry grape semua tu.
Nak cari tempat ni senang je. Gaharu Tea Valley ni berdekatan dengan Street Art Gopeng. Cuma perlu lalu perumahan-perumahan kampung sikit lepastu dah sampai dah Gaharu Tea Valley. Ada lah dalam 15minit ke 20minit camtu. Memang dekat je. Alang-alang dah sampai Perak Nad terus je singgah semua sekali apa yang best.
Pintu gerbang Gaharu Tea Valley.
Harga tiket masuk ke Gaharu Tea Valley ni RM10 untuk semua golongan. Dengan RM10 ni kita ada dapat free ride naik van untuk pusing-pusing selama 45minit sebab ladang ni memang besar and every location jauh. Kita juga akan dapat free sample Gaharu Tea.
First stop;
Dekat sini diorang pamerkan kayu-kayu Gaharu yang dah rosak dan proses-proses untuk untuk hasilkan teh tu. Ada juga mural untuk kita bergambar. Tak banyak pun, ada lah dalam 4 ke 5 camtu je. Tempat ni cam 3 tingkat so view memang cantik boleh nampak keseluruhan ladang teh.
View ladang teh.
Second stop;
Second stop ni takde apa sangat pun. Apa yang menarik perhatian Nad cuma pokok yang dah dilukis dengan haiwan-haiwan ni je. Kebanyakan pokok dekat kawasan tu dilukis dengan gambar ni. Ada juga kawasan berehat untuk kita santai-santai.
Third stop;
Nad paling suka view dekat sini!!!
Dekat bawah tu nanti ada kolam ikan yang di cover dengan pokok teratai. Dia macam ala-ala taman dekat China. Macam kawasan jogging pun ada jugak. Tapi sini memang cantik. Paling-paling dekat sini pun just sightseeing camtu lah. Untuk bergambar.
Ya Allah poyonya gue hahahah.
Last stop;
Dia akan hantar kita balik dekat tempat permulaan tu. Dekat situ nanti ada lah kedai cenderamata berkaitan dengan Gaharu Tea. Boleh jugak rasa teh dia for free. Nad tak berapa minat sebab tawar. Tapi kawan Nad suka teruk sampai free tea tu pun dia ambil 2 kali and lastly decide beli air dia terus hahah. Ice cream tu pun flavour Gaharu Tea.
The end!
Gaharu Tea Valley
Address : Gaharu Tea Valley Gopeng, Lot 9840, Mukim Teja, 31600, Gopeng, Perak
Phone number : 05-3511999
Business hour : 9am - 6pm
Facebook : Gaharu Tea Valley Gopeng
Twitter : Gaharu Tea Valley
Youtube : HOGA Gaharu
22 comments
Pernah pergi sekali je dulu
BalasPadamHehe sama je kan dulu dgn sekarang?
Padamcantiknya tempat dia..
BalasPadamMemang cantik sangat Anum!
PadamFairuz yg duduk Perak ni pun tak pernah pergi, Nad! Fairuz tau kewujudannya tu, tapi specifically tu xtau pulak kat mana. Hehe..
BalasPadamHahahah try lah pergi Fairuz. Nad ni pulak baru tau kewujudannya terus pergi terjah hehe.
PadamSerius, tak pernah tahu sebelum nie..
BalasPadamHahaha takpe, biasa lah tu Eyma. Nad pun time nak pergi ni baru tauu.
PadamBanyak rupanya tempat2 menarik kat Perak..lom habis terjah lagi...teringin nak terjah...tp x tau la bila
BalasPadamHehe memang banyak kak SA. Nad pun tak sempat nak explore habis haritu.
Padamcisss baru tahu kat gopeng ada tempat camni. boleh shortlist nak pergi ni
BalasPadamHahahah. Ciss ye? Ni dah tau boleh la terjah lepasni hehe.
Padamhaii awak. jom join segmen ni http://shahirahsarmy.blogspot.my/2017/02/segmen-follow-me-februari-2017-my-first.html untuk tambah follower
BalasPadamHai. Terima kasih jemput join :)
Padamwahh! ai orang perak pun taktahu kewujudan tempat ni. kena pergi lepas ni. thanks nad =D
BalasPadamHahahha biasalah tu Jieha. Yang dekat biasanya tak heran sangat. Kita yang jauh ni jee.
Padamtempat ni pun aku tak tau kewujudan dia. ish3... next time boleh pergi. dekat sket berbanding cameron tu.
BalasPadamHahahah tula. Ramai taktau kewujudan tempat ni. Nad pun time nak pergi Ipoh baru tau hehe.
Padamsuka tgk view ladang teh tuuu
BalasPadamNad pun! Sama je ladang teh mana-mana semua cantik. Hehe.
Padamthanks for sharing
BalasPadamcantik ladangnya
BalasPadam