11 Makanan Sihat Untuk Otak!
1:52 PTG
Assalamualaikum Hai.
Makanan Untuk Otak. Means? Makanan yang bagus untuk otak lah kan. Yang bagus untuk membantu perkembangan otak dan cara kita berfikir. Yes, memang bagus sangat.Sebenarnya, memang banyak sangat makanan yang bagus untuk kesihatan otak ni cuma kita je yang taktau T_T And now, Nad nak terangkan serba sedikit tentang makanan tu sikit je tak banyak haha.
1- Ikan
Untuk ikan; bukan lah semua jenis ikan ni bagus. I mean, untuk otak. Yang paling famous biasanya salmon and tuna. Tapi Nad pun baru tau sardine ni pun sejenis bagus untuk otak eh? Wow. Serious baru tahuu. Diorang ni bagus sebab kaya dengan DHA dan Omega-3 yang mana membantu kita lebih alert, membantu meningkatkan memory dan mood serta mengurangkan nervous. Fuhh pasni dah boleh beli salmon hari hari hahahah.
2- Kuning Telur
Kuning telur. Haaa dah putih telur semua nak letak kat muka, kuning telur boleh la kan. So boleh cantik + bijak! Haha. Kuning telur ni boleh meningkatkan memory since dia mengandungi 2 molecule yang sangat penting for brain function.
3- Cili Merah
Hahaha yang ni Nad memang lah fail betul. Kalau boleh seboleh bolehnya memang elakkan cili lah. Chilli powder pun boleh diambil kira ya. Menurut kajian, cili merah akan melepaskan capsaicin, sejenis molecule yang melawan lemak and as pain reliever. Dalam tak sedar, capsaicin ni akan melepaskan endorphin yang membuat kita stress, seterusnya buat kita lebih focus.
4- Bawang Putih Mentah (Unpeeled, Uncopped)
Ni lagi satu. Hahahha adoiii. Sedangkan yang dah masak pun kalau boleh nak elakkan sebab rasa nanti melekat kat tekak kot, lagi nak suruh telan mende ni unpeeled and uncopped huhuhuhuhuuuu. Apa lah jadi nanti. Bawang putih bukan je famous untuk menurangkan kolestrol dan menguatkan kardiovaskular sistem tetapi juga memberi kesan kepada otak.
5- Tomato
Kalau dapat tomato ni, memang letak kat muka je sebab nak cantik T_T Kalau makan pun bila ibu masak sweet sour sebab dah hancur and rasa masam masam gituu kan. Kalau nak makan mentah gitu memang takleh telan la Nad niii. Tomato provide lycopene untuk otak yang melepaskan anti-oksida yang bagus untuk otak dan menghalang dementia. Wahhh. So kesimpulannya, suruh ibu masak ikan siakap masak sweet sour hari hari lah hahahhaa.
6- Epal
"An apple a day keeps the doctor away". Haa siapa pernah dengar? Bagus ni bagus. Sebabnya apple mengandungi catechins yang melindungi otak dari sebarang chemical! Wow bagus gila! Sebabnya sekarang kan memang banyak sangat makanan yang terdedah dengan chemical tanpa kita tauuu. Just make sure amik natural apple lah. Kalau boleh peel kulit dia, takut yang tu pun dah terdedah dengan chemical pulak haha.
7- Berry
Semua berry especially strawbeery, bluberry and raspberry ehehe. Fuhh semua sedap sedap. Finally, sampai jugak dekat part makanan yang sedap and boleh pandai ahahah. Setiap berry ni bertindak dengan cara yang lain lain. Ada yang menguatkan memory, as brain booster and kuatkan memory jangka panjang. Tapi yang lagi best, berry jugak melambatkan proses penuaan by 2.5 tahun hehe.
8- Avocado
Emmm Nad pernah try makan avocado ni sekali je kot T_T Tak boleh masuk T_T Rasa diaaaa emm hahahhaa. Acacado membantu membaiki peredaran darah dan oksigen ke otak. Dannn bantu melindungi sel-sel dekat otak kita. Memang sangat bagus kannn hehe.
9- Air, Teh, Coffee
Air ni memang major dia lah. Kiranya plain water memang sangat penting walau dalam apa jua keadaan pun. Baik dari segi kesihatan, kecantikan and now kepandaian. Eh semua lah. Because in water banyak sangat oksigen yang tolong otak kita berfikir. 75% daripada kandungan otak kita adalah air. So imagine kalau otak kering cemana? LOL.
10- Chocolate
Yeayyyy another favourite! Hahahhaha. Especially dark chocolate tau memang bagus; even untuk kulit jugak. Sebabnya normally chocolate ni caintains cocoa yang membantu meningkatkan memory dan cara kita berfikir. Chocolate juga dapat membantu skills kita dalam math. Wow. Agaknya pencinta math memang suka makan coklat kot eh?
11- Nuts
Nuts. Contohnya macam almonds, walnuts, cashews and macadamia. Wuuuu sedapnya semua. Tapi standard price agak mahal jugak lah nak beli kalau dekat Malaysia ni haha. Tapi memang sedap lagi lagi kalau makan sambil tengok movie dan relax relax santai camtu. Nuts kaya dengan vitamin E as brain booster dan menstabilkan mood.
P/s : Hmm pasni dah boleh makan yang sedap sedap biar pandai.
42 comments
semua kak ena suka ni..hehe
BalasPadamWahhh bestnyaaa. Semua favourite pastu semua sihat untuk otak hehe.
Padammakanan yang nad kasi ni kan mostly mknn tuk healthy diet. hehe
BalasPadamthanks, good sharing :)
Hahahahha makanan yang healthy memang bagus untuk otak yangg. Hehe welcome :)
PadamTomato tak sedap laa TT .. tp nak kena try laa , sebab kawan tuu mata dia cntik sebab selalu makan tomato. Lepas ni boleh jd cantik + bijak pandai. Ahahaahah
BalasPadamSep sikit!!! Tak suka tomato jugak aish! Ada kawan tu makan tomato mentah mentah je kot kulit masya Allah cantik gila! Hahaha.
PadamNice sharing adik...nuts tu...rasanya kudapan terbaik ganti junkfood..betul harganya mahal..haha..
BalasPadamKannn. Sambil tengok movie, sambil study sedap betul kalau dapat makan nuts tu.. Tapi tulah huhu agak costly.
Padamluckily, ina suka gila telur & coklat!! warghh tak sangka coklat baik utk otakk hheheh
BalasPadamSame goes with meee! Hahahah tapi coklat tu agak mahal juga hahaha. Jarang jarang je pun makan coklat ni. And, dark choc antara coklat yang terbaik :)
PadamMostly benda yang saya suka except few things.
BalasPadamGood for you Farah :) Hehe.
PadamOkaylah tu coklat ada dalam senarai. Boleh makan banyak-banyak! Haha.
BalasPadamHahahhaha borong borong borongggg coklat!!! Rasanya benda paling best coklat kottt hahaha.
Padamterima kasih atas infonya ye....
BalasPadamSama sama Faizal :) Moga bermanfaat..
PadamOMG nasibaik semua ni qila makan muahahahaha <3
BalasPadamthank u kak nad <3
Aaaa kulit Qila cantikkkk. Mesti makan pun sihat sihat jeee huhu. Tu pandai tuuu adik akak sorang ni kan kan kannn hehe.
PadamSemua tu saya makan.. Yeayyy..
BalasPadamIn shaa Allah otak sihat dan tajam fikiran..
Thanks Nad for sharing ;-)
Awhhh bestnyaaa. In shaa Allah :) Hehe welcome LZ.
PadamSaya mmg alah sikit dgn kacang esp kacang tanah, klu mkn jerawat akan naik. Tapi klu pistachio boleh makan, mmg sedap. Lemak lemak gitu haa
BalasPadamHehe Nad pun tengah jaga jaga pantang makan kacang sekarang ni haha. Adeh, susah jugak eh nak jaga makan hmm.
Padamnak share boleh tak kak ? :)
BalasPadamBoleh sangat! Sila sila share :)
Padamsuka makan tomato mentah2. cicah dengan kicap lemak manis tu, laaagi sedap...hehe
BalasPadamUuuuu. Nad dengan tomato ni walau macam manna keadaan pun memang tak boleh masuk la hmm :(
Padambanyak juga makanan untuk otak ni kan...sedap2 plk tu hehe..paling best coklat ngan kacang lahhh...
BalasPadamEh macam semuanya favourite saya je. Hahaha. Perkongsian yang menarik ni! Iyalah selalu tak ambil pusing pun pasal apa yang bagus. Lebih lihat sayuran dan buah lebih bagus semata-mata. Hihi
BalasPadamYeke ni. Baru tahu semua fav kecuali telur kuning. Memang akan asingkan kalau makan sebab pahit. Lepasni macak kene makan smbil minum air cpt2 la mcm tu.hehehe
BalasPadamBaru tau cili bagus utk otak hehe nasib semua makanan di atas tu sis suka tp paling suka memang makanan pedas hahha selalu jadikan cili ulam
BalasPadamHealthy food ni. Semuanya kegemaran dan ada yang memang sis amalkan. Dark chocolate adalah antara bahan untuk resepi brownies yang sis guna.
BalasPadamSemua sis suka makan n selalu makan, patut sis pandai..:D.
BalasPadamTapi memang betul pun..makanan yang berkasiat ni memang penting utk kesihatan dan badan kita..tak kira utk otak atau apa
Hehe semua SR suka makan! Teringat masa kecik2 dulu mama SR cakap kalau nak pandai, kena makan ikan banyak. hahaha! Memang betul la eh? hehe. Nice entry!
BalasPadamtak sangka pula air coffee termasuk dalam 11 makanan sihat utk otak. sebab kata org2, xelok minum kopi. anyway, most of the food yg awak senaraikan dkt atas, mmg sy consume dalam rutin seharian.
BalasPadamWah banyak yg syira suka makan ni. Except coklat tu. Kurang gemar. Yang lain semua bedal
BalasPadamSemua feveret ni. tapi hari tu stop makan ikan sebab ada baca tak baik untuk acne. sekarang jerawat dah okay, baru start balik makan ikan. hehehe
BalasPadampaling suka coklat badam hehehe baguslah baik untuk otak, boleh makan selalu. eh hahaha
Ikan tu almost everyday akan makan..sebab fav kan...ayam2 tu kurenggg skit...mmg suka bagi anak2 mkn ikan lgi dari ayam...kekacang mcm walnut..pistachios pun suka n bgus gak utk brain
BalasPadamEmi tak suka salmon n tuna, haha. Biasalah yg bagus utk kesihatan tu la yg emi x gemar rasa dia. Tp makanan lain dlm list ni, semua emi sukaaa
BalasPadamAlahai.. Kalau cili tu nampaknya kena pangkah. Sejenis manusia perut tak tahan pedas. Haha
BalasPadamKalau bagi coklat, kekacang tu bestnyaaaaa..
So far, ke 11-11 makanan kat atas tu memang selalu makan. Harapnya otak ni sentiasa sihat dan cerdas..hehe
BalasPadamMakanannya enak2 nih, kandungannya memang cocok sama otak kita nih. Makan ikan gireng sambel kacang udah komplit bberapa menu diatas. Tambah buah... duh enakx hehee
BalasPadamSemua kita suka makan..hahaa..pelahap sangat kan..yup makanan yang sihat dapat membantu otak kita berfungsi engan baik. Dapat buat kerja dengan baik semua perkara la. Dari pemakanan la kita dapat tubuh badan yang sihat
BalasPadam